mondiad2

Tuesday 31 August 2021

TMJ 50-50 tinggalkan JDT

 JOHOR BAHRU: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan sedang memikirkan kemungkinan untuk meninggalkan kelab bola sepak yang telah dipimpin sejak 2014.

Tunku Mahkota Johor (TMJ)  itu dalam  Instagram berkata, keputusan itu bagaimana masih dalam pertimbangan sama ada benar-benar mahu meninggalkan JDT atau sebaliknya.

Kata Tunku Ismail, antara yang menjadi kebimbangan jika beliau meninggalkan skuad Harimau Selatan itu segala-galanya akan musnah.

Saya sudah lapan tahun mengurus JDT, secara jujur saya letih sikit. Tetapi jikalau saya angkat kaki segala-galanya akan musnah, pemain akan pergi, penaja akan lari dan kakitangan staf juga akan pergi.

“Jadi saya 50-50, tetapi secara jujur, saya letih sikit kerana saya mengurus bola sepak oleh kerana minat, tetapi saya tidak perlukan bola sepak,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan seorang pengikut laman sosial Instagram miliknya yang bertanyakan sama ada betul beliau akan meninggalkan JDT.

Kata Tunku Ismail, dalam hidup seseorang individu, mereka seharusnya mencari sesuatu yang baharu apabila tidak lagi berasa gembira melakukan perkara yang sudah menjadi kebiasaan.

“Dan dalam hidup apabila kita tidak berasa gembira buat sesuatu, kita harus cari benda lain. Saya pun banyak tanggungjawab lain, jadi buat masa ini 50-50,” katanya.

Pada 25 Ogos lalu, Tunku Ismail meninggalkan komen seolah-olah akan meninggalkan JDT yang telah menjuarai Liga Super buat kali kelapan berturut-turut.



“Saya telah berjaya membangunkan JDT dengan macam-macam kejayaan dalam dan luar padang. JDT telah berjaya menjadi satu jenama yang besar.

“Kemudahan infrastruktur bertaraf tinggi dan 18 piala pasukan senior dan 10 piala pasukan junior. Kesemua 28 piala dalam lapan tahun.

“Ini saya punya hadiah terakhir kepada kelab,” kata Tunku Ismail di ruang komen Instagram.

No comments:

Post a Comment