mondiad2

Tuesday 10 August 2021

China gagal kekang varian Delta, kes COVID-19 melonjak ke paras tertinggi sejak Januari

 BEIJING: Jumlah kes baru COVID-19 di China melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan pada Selasa (10 Ogos), setelah satu kelompok di sebuah tapak ujian menyebabkan jumlah kes meningkat akibat varian Delta.


Media rasmi negara itu menyifatkan penularan terbaru tersebut - yang menyebabkan perintah kurungan serta ujian beramai-ramai dan sekatan perjalanan dilaksanakan - sebagai yang paling teruk sejak koronavirus mula dikesan di bandar tengah Wuhan.

 Pihak berkuasa telah berjaya mengawal jangkitan tempatan kepada hampir sifar, membuka jalan bagi pemulihan kegiatan ekonomi meski di bawah sekatan sempadan diperketat. Namun kini, jumlah kes sedang meningkat.

Pada Selasa, penguasa kesihatan China melaporkan 143 jangkitan baru koronavirus - 108 daripadanya adalah jangkitan tempatan. Puluhan lagi kes dikesan di sebuah tapak ujian COVID-19 di bandar timur Yangzhou.

Meskipun dalam keadaan penularan yang agak kecil, beberapa pegawai telah diberi amaran kerana tidak mengendalikan dengan betul ujian beramai-ramai, yang menurut pihak berkuasa bandar adalah penyebab virus tersebut boleh menular.

Lonjakan terbaru bermula selepas jangkitan dalam kalangan pekerja pembersihan lapangan terbang di bandar Nanjing yang berhampiran menyebabkan banyak kes di seluruh negara.

Jumlah pada Selasa adalah yang tertinggi sejak Januari, apabila negara tersebut mencatat 144 kes baru dan 126 jangkitan tempatan, kebanyakannya di wilayah utara.

Pihak berkuasa kini sedang berusaha untuk meningkatkan keyakinan bahawa penularan terbaru itu dapat dikawal.

"Kami berjaya mengekang epidemik di Guangzhou, dan epidemik di Nanjing kini sedang dikendalikan secara beransur-ansur," kata pakar penyakit berjangkit Zhang Wenhong seperti dilaporkan agensi berita rasmi Xinhua.





No comments:

Post a Comment