mondiad2

Wednesday 4 August 2021

Guru kemuka tuntutan fitnah, ganti rugi RM1 juta

 Pelajar sekolah menengah, Ain Husniza Saiful Nizam yang sebelum ini pernah tular selepas mendedahkan tindakan seorang guru menjadikan jenayah rogol sebagai satu gurauan memaklumkan menerima surat tuntutan mahkamah daripada guru sekolah lamanya.

Ain Husniza melalui hantaran di Twitternya petang tadi memberitahu, di dalam surat itu dia diberikan tempoh tujuh hari untuk semua tuntutan pernyataan-pernyataan fitnah selain turut dituntut untuk membayar ganti rugi sehingga RM1,000,000.


“Hari ini Ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas pernyataan-pernyataan fitnah, dalam surat ini saya diberi tujuh hari untuk semua tuntutan ini antaranya membayar RM1,000,000 dalam ganti rugi.

“Minta semua doakan urusan Ain dipermudahkan,” ciapnya.

Sementara itu, bapa kepada pelajar berkenaan, Saiful Nizam Ab. Wahab mengesahkan menerima surat tuntutan daripada Tetuan Rasshidi Ema dan Yung, bagaimanapun pihaknya menegaskan tidak akan memberi sebarang komen berkenaan surat tersebut.

“Kami tidak akan memberi komen setakat ini. Kami akan mendapatkan nasihat daripada peguam tentang hak kami dan tindakan selanjutnya.

“Notis tuntutan datang dari cikgu PJPK sekolah lama Ain Husniza,” ciapnya di Twitter petang tadi. 


No comments:

Post a Comment