mondiad2

Friday 20 August 2021

ORANG MELAYU TAK SUKA ANWAR JADI PERDANA MENTERI

 Kajian yang dijalankan oleh Merdeka Center mendapati seramai 13% sahaja orang Melayu yang mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dimasa hadapan.


Pada pengamatan penganalisis tempatan 13% adalah jumlah pencapaian yang sangat teruk dari 50% populasi bangsa Melayu di Malaysia.


Tapi apa yang peliknya, ramai pula kaum selain Melayu yang menyokong Anwar untuk menjadi PM. Merdeka Center dapat merekodkan 58% kaum Cina di Malaysia mahukan Anwar menjadi PM masa hadapan mereka. Manakala kaum India pula sebanyak 62% yang menyokong Ketua Pembangkang itu.


Apa yang boleh dilihat disini, telahan Tun Mahathir yang mengatakan dia sudah tidak percaya lagi dengan Anwar dipegang erat oleh seluruh rakyat Malaysia sehingga hari ini.


Tun Mahathir juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa orang Melayu melihat Anwar adalah seorang yang 'LIBERAL'. Dari percakapan dan perwatakkannya menampakkan Anwar sebagai multiracialism dan liberalisme.


Tun Mahathir mendakwa sejak Anwar keluar dari Barisan Nasional dia telah membuka parti liberal bagi mendapatkan sokongan DAP untuk menentang dirinya pada 1998.


Pencapaian sepanjang perjalanan parti PKR yang ditubuhkan dan susuk tubuh Anwar sehingga kini membuktikan orang Melayu masih belum boleh menerima Liberalisme disebabkan orang Melayu takut kedudukan mereka terancam. 


Melayu hanya sekadar mempunyai kuasa politik dan Melayu tiada kuasa ekonomi. Jika kuasa politik ini sahaja yang menjadi tunjang kepada konsep keMelayuan dan mereka terpaksa menolak konsep liberal yang dibawa oleh Anwar dan rakan-rakannya.

No comments:

Post a Comment