mondiad2

Friday 13 August 2021

Bahaya VARIAN LAMBDA, Apa tindakan KPM Untuk Murid Sekolah?

 VARIAN LAMBDA


Sila pakai mask apabila keluar dari rumah.

Pakai mask dengan betul.

Pakai double mask lebih baik, atau pakai mask dan shield.

Dan sila jaga jarak anda.


Dikhabarkan sudah ada lambda variant dikesan di Jepun dan melibatkan pesakit berumur 30-an.


Varian lambda atau C.37 ini lebih ganas dari varian delta.

Ianya lebih cepat merebak dan menyebabkan simptom yang lebih teruk 

-demam yang sangat tinggi, boleh dirasa panasnya hanya dengan menyentuh dahi dan dada.

-batuk yang teruk dan berpanjangan, boleh melebihi sejam tanpa henti 

- hilang deria rasa dan bau yang ekstrim


Kes pertama lambda dikesan di Peru dan menyebabkan banyak kematian.


Merisaukan adalah varian delta dan lambda sudah mudah menyerang golongan muda 20,30,40,50 tahun.


Tolonglah jangan sesekali tanggalkan face mask apabila keluar rumah.

Nak makan di restoran? Boleh tunggu dulu rasanya kan.

Kerana varian lambda ni nampaknya sedikit kebal vaksin.

Masih boleh tapau makanan dan makanlah di rumah. Lebih selamat.


Varian delta ini, simptomnya tidak nampak awal awal, hanya beberapa hari selepas itu, boleh jadi hari ke 5, ke 10 atau ke 17 baru nampak simptomnya. Dan ianya sangat cepat menjadi teruk. Dari rasa sengal badan biasa, cirit sikit terus kepada kerosakan paru paru yang dahsyat.

Ketika Amerika Syarikat  berusaha untuk mengekang penularan  Covid-19 melibatkan varian Delta, muncul bukti baharu bahawa mutasi varian Lambda yang pertama kali dikesan di Peru tidak akan diperlahankan oleh vaksin, lapor akhbar New York Post semalam.

Dalam satu laporan oleh organisasi biologi bioRxiv, penyelidik di Jepun memberi amaran terhadap varian C.37 itu yang mudah berjangkit seperti varian Delta akibat mutasi.

Varian tersebut sudah merebak ke 26 buah negara termasuk wabak besar di Chile, Peru, Argentina dan Ecuador.

“Kadar vaksinasi di Chile adalah tinggi dan peratusan individu yang sudah diberi sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 adalah sekitar 60 peratus.

“Bagaimanapun, lonjakan jumlah kes yang besar berlaku di Chile pada musim bunga tahun ini yang menunjukkan varian Lambda mampu melepasi imuniti tubuh yang diperoleh daripada vaksin,” tulis penyelidik.

Menurut rekod penjejakan varian Inisiatif Global mengenai Perkongsian Semua Data Influenza (GISAID),  varian Lambda dianggap muncul di Amerika Selatan antara November dan Disember tahun lalu dan semenjak itu,  ia telah dikesan di beberapa buah negara di Eropah, Amerika Utara dan beberapa kes terpencil di Asia.

“Selain meningkatkan kadar jangkitan, varian Lambda menunjukkan daya tahan yang lebih tinggi terhadap peneutralan yang disebabkan oleh vaksin,” kata penyelidik.

Lambda dilabel sebagai varian mempunyai kepentingan (VOI) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Di Chile di mana varian C.37 sedang berkembang, kempen vaksinasinya bergantung sepenuhnya kepada vaksin Sinovac yang menggunakan virus tidak aktif untuk menggalakkan pengeluaran antibodi Covid-19.

Kajian menunjukkan bahawa vaksin berkesan untuk mengurangkan kematian akibat Covid-19,  manakala dos penggalak dianggap meningkatkan imuniti badan sekaligus mendorong Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) untuk mempertimbangkan pemberian dos ketiga kepada individu yang sistem imunitinya terganggu. 

Maka, berhati hatilah.

Kita tak tahu siapa yang bawa virus.

Kita tak tahu varian apa yang sesiapa bawa.

Apa plan persediaan KPM untuk murid sekolah?

Janganlah kita terbawa balik virus ke rumah pula.


Dr. Erna Nadia

No comments:

Post a Comment