mondiad2

Friday 24 September 2021

25 tahun Siti, RM4 juta jadi RM50 ribu

 SELAMA 25 tahun, figura bernama Datuk Seri Nurhaliza masih kekal terpahat sebagai penyanyi nombor satu kesayangan rakyat Malaysia.



Tempoh lebih dua dekad bertapak dalam industri dan kekal sebagai penyanyi tersohor negara bukan suatu yang mudah untuk dipertahankan.

Biarlah berpuluh-puluh penyanyi baharu ‘tumbuh’ bak cendawan selepas hujan, penyanyi asal Kuala Lipis, Pahang ini masih tetap menjadi idola dan kesayangan negara.

Selepas puas bergelar penyanyi terbaik yang pernah dilahirkan di Malaysia, Siti atau mesra disapa TokTi dalam kalangan peminatnya mengukuhkan lagi namanya dalam bidang perniagaan bawah jenama kosmetik, SimplySiti.

Selang 10 tahun kemudian, bekas pemenang Bintang Hiburan Minggu Ini (MHI) 1995 itu melebarkan lagi sayapnya dengan membina jenama untuk rangkaian produk kecantikan dan kesihatan dalaman, Beausiti yang turut merangkumi produk Beaukids dan Beaunest.

Perniagaan terkesan

Baru dua tahun bertapak, perniagaan yang diusahakan bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K tiba-tiba berdepan detik sukar saat pandemik Covid-19 menyerang seluruh dunia.



Sama seperti usahawan lain, Siti tidak menafikan semua produk yang dijualnya sama ada bawah label SimplySiti mahupun Beausiti turut terkesan dan mengalami penurunan jualan yang mendadak.

“Tidak dinafikan semua produk yang saya jual terkesan. Saya juga sama seperti kebanyakan ahli perniagaan lain.

“Namun, kami reda dengan keadaan ini. Apa yang berlaku merupakan satu cabaran untuk satu dunia. Syarikat yang besar dan kecil tetap terkesan,” ujarnya.

Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 42, ketika ditemui semasa sidang media sambutan Ulang Tahun Kedua Beausiti secara maya baru-baru ini menambah, nilai jualan bagi beberapa produk syarikat seperti Simplysiti susut sebanyak lebih 90 peratus kepada hanya RM50,000 berbanding RM4 juta sebelum ini.

Namun, dia masih bersikap positif dan enggan berputus asa demi memikirkan ‘periuk nasi’ karyawan yang bernaung di bawahnya.

“Saya berterima kasih kepada suami sebab memikirkan langkah cepat untuk berdepan dengan pandemik ini. Kami terus menukar rancangan, berterus-terang dengan kakitangan supaya bersedia untuk berdepan dengan langkah yang sukar.

Kekal positif

“Kami tanya kepada mereka (kakitangan) sama ada mahu berjuang bersama-sama atau tidak. Sebab adakalanya pekerja tidak bersetuju apabila sesebuah syarikat itu membuat keputusan memotong gaji mereka,” ujar Siti.



“Dalam keadaan sekarang perlu hati ke hati (berbincang). Tanya mereka (pekerja) sama ada sanggup untuk susah bersama-sama atau tidak dan bukannya bersama di waktu senang sahaja,” ujarnya.

Ketika diajukan soalan tentang cara Siti mengekalkan sikap positif dalam diri mendepani cabaran yang berlaku, penyanyi itu sendiri mengakui perkara tersebut sebenarnya bukan suatu hal yang mudah.

“Saya memikirkan banyak tanggungan seperti pekerja-pekerja. Jadi saya memerlukan kesabaran dan ketahanan mental yang tinggi.

“Apa yang penting adalah komunikasi. Saya selalu berbincang dengan suami walau apa jua keadaan, kena acari jalan untuk hadapi cabaran. Bukan perlu ‘down’ dan berputus asa dengan apa yang berlaku,” katanya.

Ujar pelantun Jerat Percintaan itu lagi, bukan mudah sebenarnya untuk berdepan dengan cabaran Covid-19. Banyak kerugian yang perlu ditanggungnya.

“Tapi saya tidak boleh fikir saya akan kalah. Kalau saya teruk, ada perniagaan lain yang lebih teruk daripada saya.

“Sampai bila nak mengeluh sebab pandemik ini akan berterusan,” ujarnya.

Konsert Jubli Perak

Biarpun dilihat kurang aktif dalam bidang nyanyian pada tahun 2021 sementelah baru sahaja menimang cahaya mata kedua, Muhammad Afwa yang kini berusia hampir lima bulan, Siti sebenarnya tidak sabar untuk muncul dengan ‘buah tangan’ baharu tidak lama lagi.



Meraikan suku abad pembabitannya dalam dunia seni, Siti bakal bekerjasama dengan seorang maestro muzik dari Indonesia untuk pembikinan single baharunya.

Masih belum bersedia mendedahkan identiti pemuzik dimaksudkan, sehingga kini Siti sudah pun membuat perbincangan bagi merealisasikan projek yang dianggap cukup istimewa itu.

“Sempena sambutan ke-25 tahun dalam dunia seni, saya kini dalam proses bekerjasama dengan seorang pemuzik terkenal dari Indonesia.

“Siapa komposer itu, biarlah rahsia. Kalau nak tembak (teka) pun boleh. Kami sudah berhubung dan perbincangan dijalankan bersama Universal Music.

Ujarnya lagi, perancangan yang sudah diatur bakal menjadi kenyataan dan karya yang dihasilkan bersesuaian dengan cita rasa dan kematangannya.

“Saya harap dapat karya yang bagus dan susunan muzik menggambarkan pengalaman saya dalam industri muzik,” katanya.



Meskipun merahsiakan identiti komposer yang dimaksudkan, dikhabarkan bahawa individu tersebut adalah Erwin Gutawa.

Selain menghasilkan single, Siti juga sebenarnya menyimpan impian dan harapan untuk muncul dengan sebuah konsert khas sempena sambutan Jubli Perak kerjaya seninya itu.

“Saya memang ada perancangan mengadakan konsert khas. Namun, kami masih meneliti konsep yang sesuai kerana tidak mahu berkompromi dari segi kesihatan dan keselamatan.

“Pembikinan konsert ini masih diperhalusi dan hanya akan diumumkan jika ada lokasi serta konsep yang bersesuaian untuk mengimbangi antara memberi hiburan dan pada masa sama, menitik berat soal keselamatan,” ujar Siti.






Sunday 19 September 2021

Bapa MeninggaI Akibat Pelbagai Kompilasi, Pemilik Suara Upin lpin Tabah Hadapi Dugaan

 KUALA LUMPUR: Ayah kepada pelakon suara Upin & Ipin, Asyiela Putri, Allahyarham Azhar Ahmad menghembuskan nafas terakhir akibat pelbagai komplikasi penyakit, jam 4 pagi.

Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi berkata, Azhar sudah dikebumikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

Sebelum ini, arwah ada berkongsi mahu ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana rasa kurang sihat, bagaimanapun arwah ditahan dalam wad.

Pada Sabtu lalu, saya ada menghantar mesej, arwah mengatakan sedang menjalani pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI).

Kemudiannya, saya diberitahu, arwah rebah atas kerusi roda dan separuh badannya tidak boleh bergerak dan berada dalam keadaan koma.

“Keesokannya, arwah sedar tetapi sudah tidak mengenali orang. Kemudian, saya diberitahu oleh isterinya, doktor mengatakan arwah disahkan menghidap kanser hati.

Namun, akhirnya, saya menerima berita arwah sudah tiada,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Burhanuddin berkata, dia tidak dapat mengesahkan punca arwah Azhar meninggal dunia berikutan beberapa komplikasi yang dihadapinya.

Katanya, dia juga tidak berkesempatan melawat berikutan situasi pandemik COVlD-19.

“Saya mendoakan kesejahteraan arwah dan keluarga Asyiela Putri daripada kejauhan ini,” katanya.

Terdahulu, berita pemergian arwah Azhar dimaklumkan menerusi laman sosial, Facebook dan Twitter Les Copaque.

“Ayah kepada Asyiela Putri, pelakon suara Upin & Ipin iaitu Azhar Ahmad kembali ke rahmatullah pada 4 pagi.

“Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman dan dicucuri rahmat,” tulisnya.

Friday 17 September 2021

Bila warganet dari seberang pertahan Upin dan Ipin

 UMUM mengetahui bahawa ada banyak perkara yang kerap ditimbulkan dan menjadi pertikaian warganet dari seberang terutamanya jika ia bersangkut paut dengan nama Malaysia.


Daripada isu batik, rendang dan nasi goreng semuanya dipertikai sehingga mereka dilabel sebagai 'kaki claim' oleh warganet dari negara ini.

Namun, dalam kes yang satu ini, warganet di Indonesia seakan-akan bersatu hati mempertahankan produk dari Malaysia yang dilabel sebagai alat propaganda.

Kenyataan oleh Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI), Agung Suprio yang melabel animasi terkenal Upin dan Ipin sebagai alat propaganda kerajaan Malaysia mendapat kecaman meluas warganet di republik itu.

Agung membuat kenyataan itu semasa ditemubual dalam podcast Dedy Corbuzier di saluran YouTube baru-baru ini.

Menurut Agung, biarpun animasi Upin dan Ipin membawa mesej positif namun ia sebenarnya dibiayai oleh kerajaan Malaysia dan akhirnya boleh dianggap sebagai alat propaganda.

Bagi warganet di negara tersebut, kenyataan Agung sebenarnya bernada sinis kerana animasi Upin dan Ipin mendapat tempat di hati rakyat terutamanya kanak-kanak di Indonesia.

Malah, tidak kurang ada yang meminta Agung supaya memberi perhatian kepada rancangan televisyen republik itu yang mencolok mata selain siri sinetron yang sarat dengan unsur khurafat dan perebutan harta yang tiada berkesudahan.

Tidak kurang juga ada mempertikai tindakan KPI meluluskan sinetron cinta remaja yang jalan ceritanya mampu memburukkan lagi isu moral dan sosial dalam kalangan pelajar.

Apa pun, syarikat produksi Les Copaque sudah mengeluarkan kenyataan balas berhubung kenyataan Agung.

Menurut Les Copaque, animasi Upin dan Ipin bukanlah alat propaganda sebaliknya hanyalah sebuah rancangan yang hebat dengan niat mendidik dan memberi pelajaran hidup kepada kanak-kanak.


Friday 10 September 2021

Kedudukan kewangan AirAsia semakin meruncing

 Kedudukan kewangan AirAsia Group Bhd terus meruncing dan kelangsungan operasi syarikat penerbangan tambang rendah itu bergantung kepada langkah penjanaan semula modal yang akan dilaksanakan menerusi terbitan hak.



Penganalisis TA Securities, Tan Kam Meng, berkata cadangan terbitan hak dijangka dimuktamadkan pada akhir tahun ini, selain AirAsia juga menunggu kelulusan daripada Danajamin bagi permohonan pinjaman yang dikemukakan Jun lalu.

Selain itu, katanya kumpulan penerbangan itu menerusi BigPay, menerima pelaburan bernilai AS$100 juta (RM415.3 juta) daripada SK Group pada Ogos yang mana sejumlah AS$60 juta (RM249.2 juta) diterima pada suku ketiga 2021.

"AirAsia Group berjaya melaksanakan penyusunan semula liabiliti pajakan bernilai RM12.9 bilion dan impaknya akan dirasai pada suku ketiga dan seterusnya.

"Menurut pihak pengurusan, 65 peratus tanggungjawab pajakan telah disusun semula pada suku ketiga dan bakinya dijangka dilaksanakan pada suku terakhir 2021," katanya dalam nota penyelidikan.

Mengulas lanjut, Kam Meng berkata, berkata selepas penyusunan semula dilaksanakan, perbelanjaan pajakan kewangan dan caj pajakan tahun sebelumnya AirAsia Group akan menurun sebanyak dua angka.

Katanya, ia dijangka membantu kumpulan penerbangan tambang rendah itu mengurangkan kerugian dan defisit dana pemegang saham.

"AirAsia Group mencatat kerugian tunai purata RM71 juta pada suku kedua berpunca terutama daripada operasi syarikat penerbangan.

"Walaupun segmen digital tidak memerlukan banyak modal selepas pendapatan operasi hampir tidak dapat memenuhi perbelanjaan.

"Menurut kumpulan, keperluan dana masa depan untuk segmen digital akan ditingkatkan mengikut hala tuju perniagaan," katanya.

Sementara itu, Penganalisis Affin Hwang Investment Bank, Isaac Chow berkata, bank pelaburan itu menjangkakan AirAsia Group akan mencatat kerugian bersih teras berjumlah RM2.16 bilion tahun ini berikutan unjuran pergerakan penumpang yang rendah.

"Bagaimanapun, kami tetap positif dengan trajektori pendapatan bagi 2022 hingga 2023 berikutan kadar vaksinasi yang tinggi, pembukaan semula sempadan dan permintaan 'terpendam' yang mendorong pemulihan kukuh dalam pergerakan penumpang," katanya.

Penganalisis CGS-CIMB, Raymond Yap pula berkata, imbangan tunai AiAsia Group merosot kepada RM448 juta pada akhir suku pertama 2021 daripada RM533 juta akhir 2020.

"Aliran tunai operasi pada suku kedua 2021 adalah RM185 juta, lebih rendah sedikit berbanding RM265 juta pada suku sebelumnya disebabkan pengurangan dalam baki modal kerja bersih," katanya.

Sharnaaz Buat Hal Perli Caprice Cakap Pelat...Netizen Kata Macam Budak - Budak(Video)


 

Thursday 9 September 2021

'Ingatkan dah sampai masa saya ... ' - Aishah kongsi pengalaman perangi COVID-19

 PENYANYI Aishah akui pernah mempunyai rasa seperti nyawanya mahu berakhir ketika sedang bertarung melawan COVID-19.



Kata Aishah, 56, ketika itu oksigen dalam badannya agak merosot dan dia bermimpi dikelilingi kucing yang pernah dibantu dan disayangi.
“Pernah masa mula-mula saya berada dalam keadaan oksigen yang agak tak berapa bagus masa itu …Ingatkan dah sampai dah masa (pergi) saya … rupanya saya mimpi.
“Saya mimpi dikelilingi anak-anak kucing yang saya sayang serta kucing liar yang pernah saya beri makan.
“Doakan saya sihat dan dapat menjadi manusia yang lebih berbakti bukan sahaja pada orang yang susah dan anak kucing saya tapi pada semua,” katanya.
Pelantun lagu Bahtera Merdeka itu berkongsi luahan hati serta keadannya yang masih dirawat di hospital kerana jangkitan COVID-19.
Aishah juga turut berterima kasih kepada semua yang turut membuat bacaan yasin sejak semalam untuk mendoakan kesembuhannya.
Dalam masa yang sama, Aishah turut berterima kasih kepada petugas barisan hadapan iaitu doktor dan jururawat yang menjaganya sepanjang di hospital.
“Mereka (frontliners) ini insan yang Allah untuk buat kerja macam Ini. Doakan mereka juga terlindung dari penyakit,” beritahunya lagi.
Sebelum ini, Aishah dilaporkan positif COVID-19 selepas melalui prosedur Kit Ujian Pantas (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta.

Ahli Perniagaan Berdepan Pertuduhan Bunuh Pengawal Keselamatan (Video)


 

Tuesday 7 September 2021

SELEPAS 3 HARI KEJADIAN, BEGINI KEADAAN TERKINI ABANG MYVI KUNING...


 

'Selama 30 tahun hidup macam-macam dah buat' - Aliff Aziz syukur Allah buka hati untuk bertaubat

 PELAKON dan penyanyi Aliff Aziz akui terkesan apabila keluarga menjadi mangsa kecaman netizen akibat daripada perbuatannya sendiri.



Jelas Aliff, situasi itu sekali gus mendorong untuk mencari semula dirinya yang selama ini hanyut dan kembali kepada fitrah hamba Allah yang sejati.
"Dalam bidang hiburan, memang dipantau netizen dan bukan semua netizen begitu.
"Dulu saya pun rasa apabila masuk alam maya, seperti dilindungi dan berhijab. Hal itu berbalik pada diri saya balik dan saya rasa paling teruk apabila keluarga teruk dikecam.
"Perlahan-lahan dengan masa yang bergerak, saya fikir walau macam mana pun kita jadi terbaik pasti akan ada orang yang tetap tak suka dan pandang serong. Tiada orang yang sempurna. Kalau kita rasa kita di landasan untuk jadi orang sempurna, itu mustahil.
Saya cari hikmah, pasti ada orang yang doa untuk Alif. Kerana macam mana jahat pun bila kita belajar jadi baik, pasti ada orang yang akan mengata juga. Yang penting Allah tahu siapa kita.
"Sebenarnya saya juga tidak boleh kawal juga awal-awal (dikecam) tetapi selepas beberapa waktu, saya fikir kenapa nak seksa diri saya dengan nak ‘please’kan semua orang.
"Kita memang tidak boleh puaskan hati semua orang. Yang penting diri kita sendiri, keluarga dan Allah tahu niat kita," katanya ketika sesi siaran langsung di laman sosial Nurflix membahaskan topik Negara Sudah Merdeka, Kita Bila Lagi?
Dalam pada itu, Aliff membuka mata ramai apabila mula mendekatkan diri dengan mendalami ilmu agama dan jemaah tabligh sejak sebulan lalu.
"Sebenarnya Alif yakin bahawa semua perkara terjadi hanya dengan kehendak Allah.
"Saya tiada kelebihan, saya hanya hamba yang lemah nak guna kehidupan yang Allah bagi untuk ikut yang saya nak.
"Selama 30 tahun hidup, macam macam yang kita buat. Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui dan saya tidak tahu apa kebaikan yang saya pernah buat dan Allah bagi jalan.
"Saya tengok video laporan dari abang Faizal Ismail dan saya rasa mahu kenal jemaah tabligh.
"Ada jemaah yang hubungi saya dan terangkan pada saya dan bawa keluar untuk tiga hari dan saya dapat rasa pelbagai perasaan yang tak dapat saya terangkan.
"Suasana dan orang di sana yang tiada ‘judgement’, semua sama tidak kira keturunan, pangkat dan darjat.
Semua hamba Allah yang belajar untuk dekatkan diri dengan Allah. Semoga saya terus istiqamah," ceritanya.
Kisah Aliff sering menjadi sorotan apabila pernah terheret dengan skandal wanita, curang, mabuk, mencuri dan berkelakuan tidak senonoh.
Aliff yang mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penyanyi Bella Astillah dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Ayden Adrian, 3, dan Ara Adreanna yang berusia setahun.

Misteri Rumah Usang 1920an


 

Bukan Senang Cari Duit... Shuk Sahar Terpaksa Buat Penghantaran Dari Rumah Ke Rumah


 

Friday 3 September 2021

WhatsApp tidak lagi berfungsi terhadap 43 jenis telefon pintar

 LONDON: Jutaan pengguna tidak boleh lagi mengakses mesej, gambar dan video selepas aplikasi WhatsApp menghalang akses ke beberapa model telefon pintar model lama, bermula 1 November depan.



Lapor Mirror, dalam tempoh berbaki dua bulan, sebanyak 43 model telefon pintar melibatkan pengguna perisian Android dan iOS tidak boleh menikmati kemudahan yang disediakan perkhidmatan itu.

Aplikasi itu kehilangan ramai pengguna sejak tahun lalu disebabkan privasi terbaharu perkhidmatan yang diperkenalkan.

WhatsApp menawarkan perkhidmatan penghantaran mesej yang selamat dan sulit tetapi mengumumkan perubahan yang sangat tidak popular terhadap kaedah mengendalikan data pengguna.

Perubahan ini menyaksikan data pengguna diserahkan kepada syarikat swasta bagi membantu pemasaran.

WhatsApp melakukan perubahan secara drastik berikutan tindak balas besar pesaing, Telegram yang sudah melepasi satu bilion jumlah muat turun.

Berikut merupakan model telefon pintar yang tidak boleh lagi mengakses WhatsApp:

-Samsung Galaxy S3 Mini, Trend II, Trend Lite, Core, Ace 2
-LG Optimus F7, F5, L3 II Dual, F7 II, F5 II
-Sony Xperia
-Huawei Ascend Mate and Ascend D2
-Apple iPhone SE, 6S, and 6S Plus