mondiad2

Saturday 7 August 2021

MySejahtera dikemaskini... pembelian kit ujian kendiri Covid-19 antara 3 ciri baharu

 APLIKASI MySejahtera telah dikemas kini dengan ciri terbaharu dalam usaha berterusan menentang penyebaran Covid-19.

Pengguna aplikasi itu kini boleh menggunakan tiga ikon terbaharunya iaitu Ujian Kendiri Covid-19, Kecemasan dan Fasiliti Kesihatan.

Pengguna yang menekan pada butang Ujian Kendiri Covid-19 akan memaparkan tiga kit ujian kendiri yang boleh dibeli iaitu Kit Ujian Rapid Antigen Salixium Covid-19 (RM39.90), Gmate Covid-19 AG Salive for Home Use (RM39.90) dan JusChek Covid-19 Antigen Rapid Test (RM29).

Pengguna yang berminat untuk membeli akan dibawa terus kepada pautan platform e-dagang farmasi untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai produk serta pembayaran untuk pembelian.

Sementara itu, ikon kecemasan adalah untuk membuat panggilan terus ke talian 999 manakala ikon Fasiliti Kesihatan ditambah bertujuan untuk membantu pengguna mencari kemudahan kesihatan terdekat.

Pengguna hanya perlu mengaktifkan lokasi mereka untuk melakukan pencarian sebelum diberi nama, alamat dan nombor telefon klinik atau hospital terdekat.

Menerusi Twitter MySejahtera, pengguna disarankan untuk menutup aplikasi itu selepas dikemas kini sebelum dibuka semula untuk menggunakan semua ciri terbaharu itu.

No comments:

Post a Comment